Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

17 NOVEMBER 2018 -ROMBONGAN DIKIR KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM AN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM TAHUN 1440H/2018M

Emblem_of_Brunei.svg.png

SIARAN AKHBAR

 

ROMBONGAN  DIKIR KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM AN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM TAHUN 1440H/2018M

 

 

Hari                 :           Sabtu

Tarikh              :           17hb November 2018

Jam                  :           5.45 petang

Tempat            :           Masjid Sungai Liang, Mukim Liang Belait

 

 

 

Mukim Liang, 17 November – Yang Mulia, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini mengetuai rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan dibawahnya ke Masjid Sungai Liang, Mukim Liang Belait. Majlis dikir ini adalah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1440H.

 

Setiap malam pada sepanjang sambutan Maulidur Rasul terus disemarakkan dengan majlis-majlis bacaan Dikir Syarafil Anam yang memuji dan mengagungkan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

 

Acara telah dimulakan dengan Sembahyang Maghrib berjemaah dan setelah itu diikuti dengan berdikir beramai-ramai yang diketuai oleh Kumpulan Dikir Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kumpulan Dikir Jabatan Buruh, Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Sungai Liang dan Takmir Masjid Masjid Sungai Liang. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Isyak Berjemaah dan dikir Marhaban.

 

Rombongan dikir KHEDN juga akan mengadakan majlis seumpama ini yang akan dilanjutkan ke beberapa masjid yang terpilih di seluruh daerah bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid.

 

Hadir sama dimajlis berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Abd. Hamid bin Haji Mumin, Ahli Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Liang dan Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Berhormat, Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Ahli Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Labi dan Ketua Ketua Kampung Labi I, Yang Mulia Awang Awang Ajman bin Haji Meludin Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Kuala Belait.

 

Disediakan Oleh:

Unit Media, Bahagian Perhubungan Awam, Unit Teknologi Maklumat Dan Penyelidikan

Jabatan Daerah Belait

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


Created at 28/11/2018 14:36 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 28/11/2018 14:36 by Zulkarnain Bin Osman