Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

13 NOVEMBER 2018- MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1440 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 2018 MASEHI

Emblem_of_Brunei.svg.png

SIARAN AKHBAR
MAJLIS DIKIR ROMBONGAN 
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM
NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA SEMPENA
SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN
1440 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 2018 MASEHI
13 November 2018M | 5 Rabiulawal 1440H
Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang

Rombongan Dikir Maulud Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya diadakan pada hari ini, 5 Rabiulawal 1440H bersamaan 13 November 2018M, bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang, Daerah Brunei Muara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masehi.

2. Majlis telah di hadiri oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dam Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong di Daerah Brunei dan Muara.

3. Acara di mulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib dan di ikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kumpulan Dikir Jabatan Bomba dan Penyelamat, kumpulan Dikir Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, kumpulan Dikir Jabatan Daerah Brunei dan Muara serti ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong beserta Ahli-Ahli Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang.

4. Majlis Dikir rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabantan di bawahnya adalah kesinambungan rombongan kementerian ini ke Deaerah-Daerah dalam sama-sama menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam. Rombongan kementerian seterusnya akan berkunjung ke Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong pada Hari Khamis, 7 Rabiulawal 1440H
bersamaan dengan 15 November 2018M.



Created at 28/11/2018 14:23 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 28/11/2018 14:30 by Zulkarnain Bin Osman