Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

21 OGOS 2018 - BENGKEL BAGI BACK OFFICE REQUIREMENTS MOBILE APPLICATIONS / INTERNET BANKING

pic 1.jpg

​21 Ogos 2018 - Hari Selasa, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama bersama dua institusi kewangan iaitu BIBD (Bank Islam Brunei Darussalam) dan Baiduri Bank akan melaksanakan kaedah pembayaran cukai bangunan secara atas talian (online) melalui mobile applications / internet banking. Perkhidmatan ini adalah sebagai alternatif kemudahan bagi pelanggan (pembayar cukai bangunan) untuk menjelaskan cukai bangunannya selain membuat pembayaran di kaunter di Jabatan-Jabatan Bandaran. Dengan adanya perkhidmatan ini, akan membolehkan pelanggan (pembayar cukai bangunan) menjelaskan cukai bangunannya dimana saja dan pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke Jabatan-Jabatan Bandaran.

pic2.jpg

Sebagai persediaan kepada pihak Jabatan-Jabatan Bandaran, Bahagian Kuasa-Kuasa Perbandaran telah mengajurkan bengkel back office requirements mobile applications / internet banking pada hari Selasa, 21 Ogos 2018 bertempat di Aras 6, Dewan Serbaguna, KHEDN.   Bengkel tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.  Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan daripada Jabatan-Jabatan Bandaran dan wakil daripada Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah menghadiri bengkel berkenaan.

pic4.png

Objektif bengkel adalah untuk memberikan kefahaman kepada pegawai dan kakitangan yang berkenaan mengenai proses-proses yang terlibat semasa pelaksanaan kemudahan perkhidmatan mobile applications/ internet banking bagi pembayaran cukai bangunan.

pic3.jpg

Perkhidmatan mobile applications/ internet banking bangunan) akan dilaksanakan pada minggu ke-4 bulan Ogos 2018 atau awal September 2018.


Created at 28/08/2018 16:08 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 28/08/2018 16:08 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah