Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

25 OGOS 2018 - MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BARI TAHUN 1439/2018 MASEHI

IMG_0283.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos 2018, 2.00 petang – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya turut tidak ketinggalan menyemarakkan hari ke-3 Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

IMG_0186.JPG

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging ibadah korban di majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku tetamu kehormat di majlis tersebut

IMG_0232.JPG

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap –Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap -Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

IMG_0191.JPG

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Guru Agama Penjara Jerudong Haji Azmi bin Haji Tapau dan diikuti dengan Laungan Takbir Hari Raya dibawa oleh Penolong Kaunselor Penjara Fariszal bin Ali , dan seterusnya diikuti dengan sedikit ucapan daripada pengerusi majlis

IMG_0192.JPG

Majlis diteruskan dengan pengagihan sebahagian daging korban berkenaan daripada kalangan warga kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya serta seramai 85 orang asnaf fakir miskin dari Mukim Berakas ‘A’ dan Mukim Berakas ‘B’. Sebanyak 3 ekor kerbau dikorban untuk majlis tersebut dan  majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat.

IMG_0263.JPG

Created at 27/08/2018 08:06 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 27/08/2018 09:44 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah