Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

26 JULAI 2018 - MAJLIS DOA SELAMAT BAGI BAKAL-BAKAL JEMA’AH HAJI TAHUN 1439H BERSAMAAN 2018M BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA.

panji.gif

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Julai 2018 – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan dibawahnya telah mengadakan satu majlis doa selamat bagi bakal-bakal jema'ah haji yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan pada hari Khamis, 13 Zulkaedah 1439H bersamaan 26 Julai 2018 bertempat di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kena Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara dan seterusnya membaca Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji. Acara juga diteruskan dengan penyampaian Derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah. 

Pada tahun ini seramai 22 orang pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan dibawahnya yang akan menunaikan ibadah tersebut. Diantara jemaah yang akan berangkat ke tanah suci itu nanti ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Abu Bakar, Ketua Kampung Kiulap, Daerah Brunei dan Muara dan Yang Mulia Awang Haji Yakub bin Haji Bakri, Ketua Kampung Layong, Daerah Tutong.

Turut Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah),  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin dan Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Metassan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian tersebut serta para jemputan.


Created at 30/07/2018 14:23 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 30/07/2018 14:23 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah