Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​LAWATAN KEDUA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018

panji.gif

TEMBURONG, Selasa - 17 Julai 2018; lawatan bagi mengemaskini persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun diteruskan lagi ke Daerah Temburong dengan menyaksikan persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong dan latihan penuh telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar pagi tadi.

Hadir Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 tahun. 

 Latihan penuh yang diadakan menumpukan sepenuhnya kepada aturcara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Temburong dan juga urutan perjalanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Keberangkatan Baginda Bercemar Duli dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah ini.

Persembahan Khas bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Daerah Temburong pada tahun ini bertemakan 'Raja Prihatin, Mahkota Rakyat'.

Persembahan khas yang akan ditonjolkan di Daerah Temburong berkonsepkan persembahan Kasih Raja, Julangan Rakyat dengan perisian persembahan berupa gabungan lagu, geraklaku dan formasi-formasi yang melambangkan kasih dan cinta rakyat kepada Raja.

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada hari Selasa, 11 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 24 Julai 2018 Masehi di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. Sehubungan dengan itu, orang ramai diseru dan dialu-alukan hadir bagi meramaikan dan memeriahkan acara kemuncak itu nanti.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah)  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin dan Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Haji Adnan bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Temburong Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72 Tahun Bagi Tahun 2018. 

Created at 18/07/2018 12:22 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 18/07/2018 12:22 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah