Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 15 JULAI 2018 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018

panji.gif

15 Julai 2018 - Seramai 14 anak damit telah diraikan di Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata Kepada Anak-Anak Damit yang lahir pada 15 Julai 2018 di seluruh negara.  Majlis ini merupakan antara acara utama sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.  

Bagi Daerah Brunei dan Muara, seramai 12 anak damit telah diraikan di Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata kepada anak-anak damit yang lahir pada 15 Julai 2018 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun bertempat di Bilik Seminar, Aras 2, Blok Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tetamu Kehormat Majlis telah menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit sumbangan daripada Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun berupa sumbangan kewangan berjumlah $100.00 yang dikreditkan dengan membuka Akaun Simanja di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), barang keperluan anak damit, sijil penghargaan dan potret kenangan ibu bapa dengan anak damit.

 Pada Majlis berkenaan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) turut menyumbangkan cenderamata kepada anak-anak damit berupa Akaun Simanja berjumlah $100.00 dan barang keperluan anak damit yang disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Khalsom binti Haji Suhaili, isteri Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof, Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

  Turut hadir di Majlis tersebut ialah isteri Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, isteri Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, isteri Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, isteri Penghulu-Penghulu Mukim dan para pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, RIPAS dan Perbadanan TAIB.  Majlis turut diserikan dengan zikir marhaban yang disembahkan oleh Majlis Perundingan Kampong Mentiri.

 Anak damit pertama telah dilahirkan pada jam 1:50 pagi dan anak perempuan kepada pasangan Dayang Noor Mahmawati binti Mantal dan Awang Masdie bin Haji Pungut.  Dan anak damit terakhir telah dilahirkan pada jam 11:58 malam dan anak lelaki kepada pasangan Dayang Noor Izyan Aqidah binti Allinoor dan Awang Abdul Haadi bin Jaafar.  Anak-anak damit ini telah dilahirkan di Hospital RIPAS.

 Bagi Daerah Belait, dua anak damit telah dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan (HSSB), Kuala Belait.  Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata kepada anak damit berkenaan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dayang Hajah Pusparaini binti Haji Thani, isteri Pemangku Pegawai Daerah Belait. Sumbangan cenderamata daripada Perbadanan TAIB telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail, Penolong Pengurus Am. 

Tiada kelahiran anak damit dicatatkan di Daerah Tutong Dan Temburong pada tahun ini.

Created at 18/07/2018 12:19 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 18/07/2018 12:19 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah