Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

12 JULAI 2018 - MAJLIS MEMBACA RATIB AL-ATTAS, SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH DAN SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018

panji.gif

Bandar Seri Begawan, 12 Julai 2018– Persiapan bagi acara-acara kemuncak sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 giat di jalankan di ibu negara serta di daerah-daerah yang lain. Ahli-Ahli Jawatankuasa tersebut telah mengadakan Satu Majlis Membaca Ratib Al-Attas Di Dahului Dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah pada hari Khamis, 28 Syawal 1439H bersamaan 12 Julai 2018M bertempat di Masjid Ash-Shaliheen , Bandar Seri Begawan.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018.

Majlis didahului dengan sembahyang sunat hajat berjemaah diikuti dengan membaca Ratib Al-Attas beramai-ramai. Majlis juga diteruskan dengan menunaikan sembahyang fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen.

Majlis ini diadakan adalah bagi memohon ke Hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga dikurniakan rahmat, nikmat, keselamatan, keberkatan, kesempurnaan dan kelancaran bagi majlis-majlis dan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018 yang akan diadakan di seluruh negara.

Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta para jemputan yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun Bagi Tahun 2018

Created at 14/07/2018 09:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 14/07/2018 09:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah