Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

11 JULAI 2018 - LAWATAN JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN BAGI TAHUN 2018 KE DAERAH TEMBURONG

panji.gif

BANGAR, Rabu - 11 Julai 2018, Tinjauan bagi mengemaskini persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun diteruskan lagi ke Daerah Temburong dengan menyaksikan persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong. Latihan tersebut telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar pagi tadi. 

Hadir meninjau lebih dekat lagi persiapan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 tahun. 

Latihan yang diadakan pada hari ini menumpukan sepenuhnya kepada aturcara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Temburong dengan tema persembahan khas "Raja Prihatin, Mahkota Rakyat".

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada hari Selasa, 11 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 24 Julai 2018 Masehi di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir dan diseru untuk mengambil peluang ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut disamping menzahirkan ketaat setiaan rakyat kepada Raja yang disayangi, dikasihi dan dicintai.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah)  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Haji Adnan bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Temburong Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72 Tahun Bagi Tahun 2018 serta ahli-ahli jawatankuasa tersebut. 

Created at 11/07/2018 14:22 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 11/07/2018 14:22 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah